Awal hidup Ferruccio Lamborghini

Ferruccio Lamborghini lahir pada 28 April 1916 di rumah no. 22 Renazzo di Cento kepada Antonio dan Evelina Lamborghini, dua orang peladang anggur.[2][3] Beliau dibaptiskan tangkat harinya pada 2 Mei.[4]

Beliau lebih tertarik kepada jentera pertanian berbanding kerja pertanian itu sendiri yang memutik minat dalam bidangnya. Beliau mempelajari ilmu permekanikan di institut teknikal Fratelli Taddia. Beliau dikerahkan dalam Tentera Udara Diraja Itali tahun 1940[5][6] di mana beliau ditempatkan di Rodos (pada ketika itu milik Kerajaan Itali berikutan peperangan dengan Turki) menguruskan penyelenggaraan kenderaan dalam garisun.[7]